Penganggur rempuh konstabel hingga maut direman 7 hari - Utusan Malaysia

Penganggur rempuh konstabel hingga maut direman 7 hari

PENGANGGUR yang dipercayai bertindak merempuh seorang konstabel polis di Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang awal pagi semalam ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis menahan reman penganggur yang bertindak merempuh seorang konstabel polis hingga maut di Jalan Utama, di sini awal pagi semalam selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Katanya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 1 pagi semasa anggota dari Balai Polis Dato Keramat sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemukan sepeket syabu seberat 22 gram di lokasi kejadian. Kita akan siasat apakah dadah yang dijumpai itu dibawa suspek,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, sebentar tadi.

Semalam, Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, maut di tempat kejadian setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terhantuk pada pembahagi jalan ketika mengejar suspek dari Jalan Scotland.

Suspek sebelum itu bertindak melarikan diri semasa pemeriksaan dilakukan dengan menunggang secara merbahaya.

Soffian memberitahu, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas anggota terbabit mendapati punca kematiannya disebabkan kecederaan pada leher.

Tambahnya, jenazah Muhammad Iqbal dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Tawar, Besut, Terengganu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya