Penduduk Kampung Pasir berbuka puasa dalam banjir - Utusan Malaysia

Penduduk Kampung Pasir berbuka puasa dalam banjir

FAUZI Kassim bersama anak-anak membuang air yang memasuki rumahnya akibat banjir berikutan hujan lebat lebih dua jam di Kampung Pasir, Tampoi di Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penduduk di Kampung Pasir, Tampoi, di sini terpaksa berbuka puasa dalam keadaan banjir berikutan hujan lebat lebih dua jam sejak pukul 2 petang tadi.

Kejadian itu mengakibatkan kebanyakan rumah penduduk dimasuki air sedalam kira-kira 1.3 meter.

Ini adalah kali kedua pada tahun ini banjir melanda kampung terbabit setelah kejadian sama berlaku pada awal Januari lalu.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin ke tempat kejadian bagi memantau situasi banjir sekiranya terdapat penduduk kampung yang terperangkap di dalam rumah.

Bagaimanapun, banjir mulai surut kira-kira pukul 7 malam, tetapi penduduk terpaksa berbuka puasa dalam keadaan rumah yang masih digenangi air.

Seorang penduduk, Fauzi Kassim, 45, berkata, dia bersama isteri dan anak-anak terpaksa membuang air yang memasuki rumahnya berikutan banjir berlaku dengan cepat ditambah pula dengan kejadian air pasang.

“Ini kali pertama dalam bulan Ramadan banjir berlaku di sini, namun kali ini tidak seteruk yang berlaku pada awal tahun. Cuma kami sekeluarga terpaksa berbuka puasa dalam keadaan rumah masih digenangi air,” katanya ketika ditemui. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya