Penduduk bantah pembinaan Lebuhraya WCE - Utusan Malaysia

Penduduk bantah pembinaan Lebuhraya WCE

Sebahagian penduduk memegang sepanduk membantah pembinaan WCE di Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor hari ini-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG:  Kira-kira 100 penduduk Kampung Bukit Kapar membantah pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) sehingga menutup Jalan Pusara, salah sebuah jalan di kampung itu.

Nazir Masjid Kampung Bukit Kapar, Masadan Mushdin, 56, berkata, jalan tersebut merupakan salah satu laluan utama yang digunakan oleh kira-kira 20,000 penduduk kampung.

“Jalan ini menyambungkan penduduk kepada kawasan perkuburan Islam Bukit Kapar dan sekiranya jalan ini ditutup, penduduk terpaksa memandu sejauh lima kilometer dari Jalan Iskandar sebelum sampai di kawasan itu.

“Jadi kami membantah sekerasnya pembinaan WCE di atas jalan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa protes pembinaan WCE di Jalan Pusara, Kampung Bukit Kapar, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Masadan yang juga bekas ketua kampung berkata, beberapa penduduk kampung berkenaan telah mewaqafkan tanah mereka bagi pembinaan jalan itu demi memudahkan orang ramai pergi ke kubur sejak 40 tahun lalu. 

Jelasnya, pihaknya mengesan penutupan jalan itu pada Julai tahun lalu apabila pihak syarikat konsesi WCE menambak tinggi jalan tersebut dengan pasir.

“Tidak ada perbincangan daripada pihak WCE dengan penduduk kampung sebelum tambakan dibuat. Saya bersama beberapa penduduk lain telah menghantar surat bantahan kepada mereka beberapa bulan kemudian.

“Pada 11 April lalu, wakil WCE telah menghubungi saya dan penduduk kampung telah menyatakan bantahan serta beberapa cadangan kepada mereka.

“Antara cadangan yang dikemukakan adalah membina sebuah terowong dua hala yang menyambungkan Jalan Pusara sedia ada dengan kawasan perkuburan,” ujarnya.

Tambahnya, pihak syarikat telah bersetuju bertemu dengannya serta penduduk kampung pada Selasa hadapan bagi membincangkan isu yang timbul.

“Kami berharap satu keputusan menang-menang akan diperoleh selepas perbincangan itu selesai,”katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya