PETALING JAYA: Walaupun amaran diberi dan notis dikeluarkan, masih terdapat pemborong atau pembekal serta peniaga di seluruh negara yang tetap berdegil dengan menaikkan harga ayam antara 30 sen hingga 50 sen. Situasi ini menambah kebimbangan rakyat yang terbeban sekali lagi dengan peningkatan harga runcit barangan ketika Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Di Johor, biarpun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengeluarkan sebanyak 26 notis terhadap 20 peniaga runcit dan enam pemborong ayam, harga ayam tetap meningkat. Harga ayam segar di Pasar Awam Johor Bahru meningkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya