Pembinaan Balai bomba Putatan perlu ikut jadual - Utusan Malaysia

Pembinaan Balai bomba Putatan perlu ikut jadual

SHAHELMEY Yahya (kanan) mendengar penerangan penduduk kampung mengenai kejadian kebakaran di Kampung Serigai, Putatan, Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Dua kejadian kebakaran yang berlaku semalam memberi petanda jelas untuk kerajaan menyegerakan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di daerah ini.

Pada pukul 1.58 petang, tiga rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung (Kg) Sri Pandan dan pada 10.19 malam, 17 rumah setinggan atas air di Kg Serigai hangus terbakar dan menyebabkan kira-kira 80 orang penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya berkata, pembinaan balai bomba di daerah itu sudah bermula dan kontraktor juga telah dilantik.

“Pembinaan balai bomba ini dibina di belakang Servey Hypermarket Putatan. Semalam pegawai bomba bertugas di Kg Sri Pandan memaklumkan dari segi perjawatan memang sudah tersedia.

“Jadi kita harap proses pembinaan lancar, tidak ada projek sakit dan akan siap mengikut jadual agar balai ini boleh beroperasi sepenuhnya,” katanya semasa melawat ke kawasan kebakaran Kampung (Kg) Serigai, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti berapa lama tempoh pembinaan balai bomba tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat ini berkata, mangsa yang terjejas kebakaran akan diberikan bantuan sewajarnya.

Untuk Kg Serigai ini, bilangan mangsa terjejas masih dalam proses pengiraan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan.

Shahelmey turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika bulan Ramadan ini supaya jangan terlena semasa memanaskan lauk di dapur.

“Bagi mereka yang beribadah sehingga lewat malam diharap lebih berwaspada dengan elektrik dan api yang dipasang untuk mengelak berlaku kejadian kebakaran,” katanya.

Pembinaan BBP Putatan bersama tujuh balai lain di Sabah diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada 4 Januari 2020.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya