Pembahagian kerusi terserah kepada Pusat - Utusan Malaysia

Pembahagian kerusi terserah kepada Pusat

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keputusan pembahagian kerusi antara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) di Kedah tidak akan diputuskan di peringkat negeri sebaliknya akan diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan di Pusat.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah itu bagi mengekalkan suasana harmoni antara parti-parti terlibat di Kedah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Hal pembahagian kerusi (PRU-15) ini telah dibincangkan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Di pihak kami (Pas), kalau berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kami akan bincang tentang kerusi kami dengan Bersatu saja manakala kalau berbincang dengan UMNO pula, kami bincangkan kerusi kami dan UMNO saja.

“Kami bincang saja tetapi keputusan tidak dibuat. Kita serahkan kepada kepimpinan pusat untuk buat keputusan jadi tidaklah kita ‘berkelahi’ di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan sempena Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Negeri Kedah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, tumpuan ketika ini tidak seharusnya diberikan kepada bidang politik semata-mata ketika masih banyak kerja melibatkan kerajaan negeri dan Persekutuan perlu diselesaikan.

“Di Kedah ini contohnya, tak ada apa yang berlaku (krisis agihan kerusi).

“Politik itu apabila sampai masanya nanti, barulah kita buat (kerja),” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya