Pematuhan SOP merosot punca kes sukar diturunkan - Utusan Malaysia

Pematuhan SOP merosot punca kes sukar diturunkan

ADHAM Baba (dua dari kiri) menerima cenderahati selepas merasmikan Program 10,000 Langkah Komuniti Taman Sri Saujana Bersama 10gara Sihat di Balai Komuniti SS5, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor. -UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipercayai menjadi faktor kes Covid-19 bagi tempoh tiga minggu ini sukar untuk diturunkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sehingga semalam, angka kes di negara ini melantun naik kepada 1,845 kes dan ia satu jumlah yang amat membimbangkan.

Katanya, perkara itu dikaitkan dengan aktiviti norma baharu kehidupan di mana masyarakat mesti terus menjalankan tanggungjawab untuk memastikan diri dan keluarga terhindar daripada virus tersebut.

“Tiga minggu terkini jangkitan virus sukar untuk diturunkan dan kita dapati ia kerana isu kepatuhan kepada SOP yang dilihat agak merosot.

“Untuk itu, pihak komuniti dan individu perlu terus jalankan peranan atau mainkan tangunggjawab untuk pastikan diri dan masyarakat dilindungi sebelum menerima vaksin Covid-19 yang telah bermula fasa satu dan akan masuk fasa dua tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir merasmikan Program 10,000 Langkah Komuniti Taman Sri Saujana Bersama 10gara Sihat di Balai Komuniti SS5, Taman Sri Saujana di sini, hari ini.

Dr. Adham berkata, justeru, Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) perlu terus diperkasakan di peringkat akar umbi terutama dalam kalangan komuniti.

Jelasnya, melalui usaha itu masyarakat perlu sama-sama menegur bagi memastikan disiplin terhadap SOP dapat dikekalkan masyarakat sekali gus dapat membantu menurunkan kadar jangkitan di negara ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya