Pemandu teksi warga emas perlu disenarai penerima vaksin - Utusan Malaysia

Pemandu teksi warga emas perlu disenarai penerima vaksin

RODZIAH Ismail (kanan) menyampaikan sumbangan barang makanan dari Food Bank Malaysia kepada pemandu teksi di Dewan Seri Jugra, Teluk Datuk, Banting, Selangor. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pemandu teksi warga emas perlu diberi keutamaan sebagai penerima vaksin berikutan mereka antara golongan terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail berkata, kebanyakan pemandu teksi adalah golongan pertengahan hingga lanjut usia yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, pemandu teksi mengambil pelbagai latar belakang penumpang termasuk pelancong dan pekerja warga asing.

“Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah golongan warga emas yang layak untuk divaksin. Mungkin golongan warga emas dalam kalangan pemandu teksi ini boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa untuk menerima vaksin tersebut.

“Kita mempunyai data penerima dalam kalangan pemandu berusia. Mungkin kita akan maklumkan kepada mereka untuk mendaftar sebagai penerima vaksin dan menggalakkan pemandu lain mendaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan barang makanan Food Bank Malaysia dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kepada pemandu teksi dan bas sekolah di Dewan Seri Jugra, Teluk Datuk hari ini.

Mengulas mengenai bantuan lanjut untuk pemandu teksi, Rodziah menggalakkan pemandu teksi menjalankan perkhidmatan e-hailing atau penghantaran makanan dan barangan bagi menambah sumber pendapatan.

“Inisiatif tersebut susulan pelaksanaan e-bazar dan e-kitchen oleh kerajaan negeri pada tahun lalu bagi membantu peniaga yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya