Pelbagai perkara sebelum tetap harga siling - Utusan Malaysia

Pelbagai perkara sebelum tetap harga siling

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil kira pelbagai perkara sebelum menetapkan harga siling ayam dan daging yang merupakan antara barangan kawalan musim perayaan Aidilfitri.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr. Ronald Kiandee berkata, perkara itu termasuk mengambil kira margin keuntungan yang melibatkan pihak terlibat.

“Sepatutnya pengeluar yang ada kerisauan daripada sudut keuntungan kerana harga runcit bergantung harga ladang.

“Kalau harga ladang dijual pada RM5.80 perkilo ia tentu sekali melibatkan harga pasaran. Jadi ada margin keuntungan yang dikira Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam menetapkan harga siling,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Srikandi Muda, di sini hari ini.

Pelbagai pihak termasuk pengeluar dan pembeli mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengkaji semula penetapan harga siling barangan keperluan sempena musim Hari Raya Aidilfitri.

Mereka mendakwa hanya memperoleh keuntungan sedikit dan ia tidak berbaloi.

Sebaliknya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tiada kajian semula berhubung harga siling kesemua item di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021.

Hal ini kerana ia dipersetujui pihak berkepentingan seperti pemain industri dan kementerian berkaitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN