Pegawai kanan kerajaan ditahan, terima RM1.4 juta - Utusan Malaysia

Pegawai kanan kerajaan ditahan, terima RM1.4 juta

PEGAWAI kanan di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan semalam.

Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi dibuat lewat malam semalam dirumahnya di Ampang.

Menurut sumber, beliau dipercayai telah menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender.

Kata beliau, hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

“Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran iaitu anggaran RM1.2 juta telah dibayar kepada beliau.

“Siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan ini dan enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya