PD catat peningkatan pengunjung setiap hujung minggu - Utusan Malaysia

PD catat peningkatan pengunjung setiap hujung minggu

AMINUDDIN Harun mencuba masakan sempena pelancaran MAH Negeri Sembilan Food Festival 2021 di Port Dickson. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Daerah ini mencatatkan peningkatan 80 peratus pengunjung pada setiap hujung minggu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peningkatan tersebut merupakan sesuatu yang positif dan dilihat membantu meningkatkan sektor pelancongan.

“Saya dimaklumkan pada hujung minggu mencecah 80 peratus peningkatan, pihak hotel menerima sambutan yang baik daripada pengunjung tempatan walaupun berada dalam tempoh PKPP ketika ini.

“Saya rasakan sekiranya rentas negeri ini dibuka kepada semua kelak berkemungkinan kedatangan pengunjung ke Port Dickson akan mencapai 100 peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran MAH Negeri Sembilan Food Festival 2021 di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan.

Sebanyak 20 buah hotel dan 50 produk pelancongan di negeri ini terlibat dalam MAH Negeri Sembilan Food Festival 2021.

Sementara itu menurut Aminuddin, beliau berharap semua pengunjung hotel dapat menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Ramadan bagi mengelakkan peningkatan kes Covid-19.

“Kepada mana-mana pengunjung saya berharap mereka mematuhi SOP sepanjang Ramadan nanti. Saya tidak mahu lagi mendengar mana-mana peningkatan kes Covid-19 khususnya di negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya