Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast tawar pakej berbaloi - Utusan Malaysia

Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast tawar pakej berbaloi

SEBAHAGIAN menu yang menampilkan pelbagai makanan unik dan tradisional bagi pakej berbuka puasa Pasport Sajian Ramadan di Desaru Coast, Bandar Penawar di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sajian berbuka puasa bertaraf lima bintang daripada empat buah hotel premium terkemuka menjadi taruhan Desaru Coast pada bulan Ramadan kali ini yang turut menawarkan harga berbaloi di bawah pakej Pasport Sajian Ramadan.

Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn. Bhd., Hoe Teck Wei berkata, Anantara Desaru Coast Resort and Villa; The Westin Desaru Coast Resort; Hard Rock Hotel Desaru Coast dan The Els Club Desaru Coast menyediakan sajian itu mengikut tema masing-masing.

Menurutnya, setiap hotel terbabit menghidangkan pelbagai jenis bufet, menu set dan tawaran ala carte kepada tetamu dan pelawat secara eksklusif bermula 13 April hingga 12 Mei ini hasil sentuhan tukang masak yang terlatih dan berpengalaman serta antara yang terbaik di negara ini.

“ Seramai 100 pengunjung berpeluang menikmati hidangan bufet di seluruh Desaru Coast dengan membeli Pasport Sajian Ramadan berharga RM150, promosi buat julang kali ini membolehkan tetamu menikmati sajian masakan yang menarik sambil menghayati Ramadan dan menjamu selera di mana-mana tiga daripada empat restoran tersebut.

“Pasport terhad ini juga memberi peluang kepada tetamu untuk mencuba menu dan suasana yang berlainan sepanjang bulan Ramadan hanya di destinasi ini dan mereka boleh datang pada hari yang berlainan untuk melengkapkan pakej tiga lokasi itu,” katanya di sini, hari ini.

Bagi Anantara, restoran Turmeric menawarkan sajian yang bertemakan selera Malaysia merangkumi pelbagai hidangan utama termasuk Pari Masak Asam Pedas, Sambal Kupang, Daging Masak Kicap Berempah, Kambing Kurma Berkentang serta makanan Siam.

“Di Seasonal Tastes, The Westin pula hidangan Selera Citarasa Johor dengan makanan yang unik menjadi taruhan diikuti restoran Sessions di Hard Rock dengan Sajian Makan Malam Malaysia yang menampilkan Asam Pedas Betis Kambing, Pajeri Nenas Udang Masak Ros dan Kambing Golek.

“Kelab Els yang merupakan kelab golf terulung di negara ini turut tidak terlepas menawarkan menu Selera Kampung yang menggabungkan dome set, gerai dan pelbagai hidangan bufet untuk dipilih oleh tetamu. Sajian nostalgia ini termasuk Kambing Panggang, Daging Kalio, Sotong Masak Hitam dan Ikan Masak Minang,’ katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya