Pasangan Ukraine taja 500 naskhah Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Pasangan Ukraine taja 500 naskhah Utusan Malaysia

DENYS Peleshok menunjukkan akhbar Utusan Malaysia terbitan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahu meluahkan perasaan hormat dan cinta kepada Malaysia, pasangan Ukraine menaja sebanyak 500 naskhah akhbar Utusan Malaysia.

Pandangan mereka terhadap Malaysia diceritakan menerusi kaca mata perniagaan dan kepentingan menghormati undang-undang negara menerusi artikel bertajuk Malaysia pilihan pasangan Ukraine ditulis oleh kolumnis Utusan Malaysia, Thaqib Shaker di ruangan GAYA, semalam.

Naskhah tajaan tersebut diedarkan kepada orang ramai di beberapa lokasi strategik sekitar Lembah Klang.

Antaranya Finas, Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia, Sekolah Antarabangsa Mont Kiara dan Persatuan Wanita Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, salah seorang pasangan Ukraine berkenaan, Denys Peleshok berkata, pihaknya amat menghargai kesediaan Utusan Malaysia berkongsi pandangan mereka terhadap Malaysia dengan para pembaca akhbar tersebut.

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah akhbar kebangsaan tertua negara dan dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat sekali gus mesej yang ingin disampaikannya lebih menyeluruh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN