Pas ulangi nasihat UMNO selesai masalah dalaman - Utusan Malaysia

Pas ulangi nasihat UMNO selesai masalah dalaman

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: UMNO sekali lagi dinasihatkan segera menyelesaikan masalah dalaman bagi membolehkan rundingan mengenai agihan kerusi dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), disambung semula.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, buat masa ini, perbincangan mengenai isu itu masih lagi ditangguhkan bagi memberi ruang buat rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) menentukan hala tuju kerjasama.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan jalinan kerjasama dengan UMNO tetap berterusan seperti biasa walaupun sebelum ini memberi bayangan untuk meninggalkan MN.

“Rundingan (kerusi) di peringkat awal dan kita masih ada hubungan dengan UMNO, cuma, biar mereka selesaikan masalah dalaman.

“Kita tidak menghentikan rundingan cuma tangguh kerana masalah UMNO, orang-orang mereka pun bertukar-tukar, jadi kita ambil peluang untuk berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dahulu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, Pas kekal dengan pendirian untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik terutama berasaskan Melayu-Islam sekali gus menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama serta bangsa.

Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini menyatakan perjuangan Pas bukanlah sekadar untuk menyelamatkan seseorang atau kumpulan dan kelompok yang kecil sahaja, sebaliknya seluruh manusia dengan seberapa ramai yang mungkin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya