Pas tidak pernah ketepikan UMNO - Utusan Malaysia

Pas tidak pernah ketepikan UMNO

RAZMAN Zakaria mengedarkan risalah mengenai penyakit rabies kepada pemilik anjing pada Program Pemvaksinan Anti Rabies 2021 Daerah Larut Matang dan Selama di Kamunting, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Pas tidak pernah mengetepikan UMNO malah parti itu tetap dengan pendirian untuk mengukuhkan tMuafakat Nasional (MN) dan dalam masa sama mempertahan Perikatan Nasional (PN).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, walaupun Pas menubuhkan jawatan kuasa bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) peringkat negeri, parti itu tetap mahu Bersatu dan UMNO bersama-sama pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU 15).

“Presiden Pas memang mahukan Bersatu dan UMNO bersama-sama menghadapi PRU-15 namun ibaratnya jika dia (UMNO) sudah ada boyfriend lain dan sedang menunggunya, kita nak buat macam mana.

“Kita memang nak kahwin dengan dia (UMNO) tapi sekiranya dia tak mahu, kita tak boleh nak buat apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemvaksinan Anti Rabies 2021 Daerah Larut Matang dan Selama di Kamunting di sini hari ini.

Razman berkata, ketetapan UMNO untuk tidak bersama Bersatu yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung parti itu, baru-baru ini menunjukkan UMNO mahu bersendirian menghadapi PRU-15.

Katanya, malah UMNO juga sedia membuat penjajaran baharu selepas PRU-15.

“Bermakna (UMNO) memang nak bergerak secara bersendirian pada PRU-15 dan hanya menentukan hubungannya selepas PRU-15,” katanya.

Jumaat lalu, Bersatu dan Pas Perak mengumumkan penubuhan jawatan kuasa bersama dalam persiapan menghadapi PRU-15.

Menerusi jawatan kuasa itu, kedua-dua parti mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri dan membentuk jawatan kuasa manifesto bagi PN negeri Perak.

Kenyataan bersama oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Razman berkata, perkara itu telah dipersetujui bersama sebagai antara usaha memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua parti itu tanpa memberi fokus kepada keputusan parti lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya