Pas bernombor had jumlah pengunjung bazar Ramadan Presint 3 - Utusan Malaysia

Pas bernombor had jumlah pengunjung bazar Ramadan Presint 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengunjung Bazar Ramadan di Presint 3 di sini semalam mula menggunakan pas bernombor yang diedarkan Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi mengehad kemasukan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, langkah agensi itu dapat mengawal kehadiran pengunjung dan mengelak insiden kesesakan teruk di bazar.

“Buat peringkat permulaan ini, kita cuma benar 800 pengunjung dalam satu-satu masa untuk masuk dan hasilnya sangat memuaskan kerana keadaan di bazar tidak lagi sesak,” katanya ketika ditemui media semasa melakukan pemantauan di bazar di bawah penyeliaan PPj itu yang menempatkan 160 gerai dengan beroperasi dari pukul 3 petang hingga 8 malam.

Pas bernombor itu diagihkan masing-masing sebanyak 400 sahaja di dua pintu masuk selain pemantauan oleh 30 anggota penguat kuasa PPj dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya