Paparan harga PriceCatcher tidak tepat - KPDNHEP - Utusan Malaysia

Paparan harga PriceCatcher tidak tepat – KPDNHEP

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati dakwaan paparan harga ikan, ayam dan daging lembu yang dikatakan tinggi di aplikasi PriceCatcher kurang tepat serta bukan situasi sebenar.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, paparan di aplikasi terbabit yang ditularkan tidak menerangkan harga di semua tempat dan hanya membabitkan harga tiga barang
iaitu ikan kembung, ayam dan daging.

Katanya, harga yang ditularkan hanya membabitkan di premis-premis sekitar di daerah ‘up-market’ Bukit Bintang sahaja sedangkan terdapat premis lain di kawasan berdekatan yang menjual tiga barang berkenaan pada harga lebih murah.

“Paparan harga aplikasi PriceCatcher disusun mengikut premis dan lokasi serta harga dari terendah kepada tertinggi yang bertujuan memudahkan pengguna membandingkan harga ditawarkan semua premis berdekatan dengan lokasi pengguna.

“Adalah kurang tepat membuat rumusan harga hanya berdasarkan satu premis tertentu kerana dalam dunia yang penuh dengan pilihan, aplikasi Price Catcher memberikan opsyen kepada pengguna memilih dan seterusnya menjadi pengguna yang bijak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Alexander berkata, susulan beberapa kes kenaikan harga ayam yang dikesan baru-baru ini, Op Catut 8.0 (ayam) yang bermula Khamis menyaksikan 24 notis dikeluarkan kepada pemborong dan 16 notis kepada penternak.

Katanya, Op Sayur pula melibatkan pemeriksaan ke atas barang seperti sayur, daging dan ayam selama enam hari bermula 12 Januari lalu, sebanyak 1,149 notis dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mencatut.

“Bagi Op Pantau yang bermula 13 April lalu, sebanyak 5,768 premis diperiksa di seluruh negara dengan 27 kes direkodkan atas pelbagai kesalahan selepas memberi tumpuan kepada bazar Ramadan, bazar hari raya, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, mini market dan kedai runcit yang melibatkan peniaga ayam, daging serta ikan.

“Kita juga mendapati harga makanan ternakan yang terdiri dari soya dan jagung yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil merekodkan kenaikan sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna,” katanya. – UTUSAN ONLINE

end

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya