Palsu dokumen: Dua pengarah antara 4 individu direman - Utusan Malaysia

Palsu dokumen: Dua pengarah antara 4 individu direman

EMPAT individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan memperoleh projek pembersihan bernilai lebih RM3.7 juta di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua pengarah syarikat antara empat individu ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan memperoleh projek pembersihan bernilai lebih RM3.7 juta, sejak 2017 hingga tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, empat individu termasuk dua wanita yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) dan memakai baju lokap berwarna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ipoh pada pukul 10 pagi.

Kesemua mereka berusia lingkungan 40-an sebelum ini ditahan pada pukul 8 pagi di sekitar Taiping dan Bandar Baharu, Kedah semalam.

Difahamkan, tangkapan ke atas mereka adalah berkenaan dua buah syarikat yang menggunakan cop bank palsu dan tandatangan pegawai bank palsu serta mengemukakan penyata akaun yang mengandungi butiran maklumat palsu.

Sumber memberitahu, tindakan mereka itu bagi mendapatkan tender pembersihan bangunan dan kawasan di bawah jabatan kerajaan mulai tahun 2017 hingga tahun lalu.

“Jumlah keseluruhan nilai tender tersebut ialah RM3,787,867,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya