Pakar paleontologi kaji kerosakan fosil - Utusan Malaysia

Pakar paleontologi kaji kerosakan fosil

RUMAIZI Baharin (kiri) menanam pokok merbau sempena Program Perak Bumi Lestari di Taman Dr. Seenivasagam di Ipoh. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakar paleontologi dilantik untuk mengkaji dan mengenal pasti kaedah pemuliharaan yang sesuai terhadap sebuah fosil berusia jutaan tahun yang rosak akibat pencerobohan oleh krew produksi di Gua Matsoorat di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada pakar berkenaan untuk melakukan penilaian kos kerugian dan kaedah pemuliharaan fosil itu.

“Mereka telah meninjau lokasi kerosakan fosil di Gua Matsoorat kira-kira tiga hari lalu.

“MBI sedang menunggu laporan penilaian daripada pakar berkenaan untuk tuntutan kos kerugian dan kaedah pemuliharaan fosil,” katanya kepada pemberita selepas majlis penanaman Pokok sempena Kempen Perak Bumi Lestari di sini hari ini.

Rumaizi berkata, MBI telah mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan kawalan dan pemantauan di kawasan gua itu.

Katanya, tambahan terhadap operator dan pengawal keselamatan telah dilakukan bagi meningkatkan sistem kawalan.

“Dalam masa sama MBI juga akan perketatkan kawalan agar kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, mengenai program penanaman pokok di Taman Dr. Seenivasagam, Rumaizi berkata, ia merupakan kerjasama antara Jabatan Landskap Negara (JLN), MBI, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) untuk merealisasikan penanaman 100,000 pokok teduhan di sekitar bandar raya ini.

Katanya, selain untuk teduhan dan penghijauan, program itu bagi memacu bandar raya ini ke arah bandar raya rendah karbon.

“Hasrat kami dalam tempoh 10 tahun akan datang, kita akan menurunkan suhu sebanyak 2.5 darjah Celcius daripada suhu yang ditetapkan pada 2016 berikutan Perjanjian Iklim Paris 2015.

“Pada 2030, purata suhu bandar raya ini akan berada pada 25 darjah Celcius,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya