Notifikasi janji temu fasa dua bermula hari ini - Utusan Malaysia

Notifikasi janji temu fasa dua bermula hari ini

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Janji temu bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan dihantar bermula hari ini melalui aplikasi MySejahtera.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan menghantar notifikasi janji temu 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan.

Katanya, susulan notifikasi itu, peringatan pertama janji temu dihantar tiga hari sebelum hari vaksinasi dan peringatan kedua pula, sehari sebelum.

“Dua peringatan itu akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan. Saya ingin ingatkan kehadiran adalah wajib kerana kerajaan sudah merancang dengan rapi proses penghantaran vaksin di lokasi yang ditentukan mengikut jumlah penerima vaksin.

“Saya berharap orang ramai yang sudah bersetuju untuk hadir mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini.

Khairy berkata, apabila menerima notifikasi janji temu 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan, orang ramai diberi pilihan bersetuju atau tidak untuk hadir.

“Ini membolehkan kerajaan melakukan perancangan rapi supaya tiada vaksin yang dibazirkan,” katanya.

Terdahulu, Khairy berkata, seramai 2,344,621 orang sudah berdaftar untuk fasa dua PICK yang akan dilaksanakan 19 April ini.

“Jika mengikut pecahan, 1,229,855 warga emas dan selebihnya adalah mereka yang berisiko dan Orang Kurang Upaya,” katanya.

Ditanya mengapa fasa dua dilaksanakan 19 April ini sedangkan kerajaan sebelum ini mengumumkan ia akan dilaksanakan pada 17 April, Khairy berkata, ia sebenarnya dilaksanakan 17 April tetapi dua tarikh awal terbabit untuk kategori petugas kesihatan yang terbabit dengan PICK bagi fasa dua. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya