Nelayan lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Nelayan lemas ditemukan

MAYAT nelayan yang lemas di Pantai Sungai Ular, dekat sebuah resort ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan hilang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pencarian seorang nelayan berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang semalam selepas melabuhkan botnya dekat sebuah resort di Pantai Sungai Ular dekat sini ditemukan kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng, Rosdan Zakaria berkata, mayat mangsa, Mohd. Shahrudin Rameli, 25, ditemukan terapung di permukaan Kuala Sungai Ular kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan dan telah disahkan oleh waris.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu Rosdan berkata, operasi membabitkan 19 orang anggota Balai Bomba Gebeng dan Kuantan dibantu agensi dan jabatan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Unit Amal, nelayan dan orang awam.

“Operasi yang bermula kira-kira pukul 9 pagi lebih tenang dengan keadaan cuaca baik, paras air laut yang berketinggian lebih kurang empat meter dan tiada arus yang menyukarkan pencarian.

“SAR yang memasuki hari kedua diteruskan pada radius 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. Dalam masa sama, pencarian turut dilakukan di persisian pantai.

“Selain pencarian di permukaan, selaman turut dilakukan oleh lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan, di beberapa kawasan berlubang yang dimaklumkan pihak nelayan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik itu dikatakan berenang ke daratan setelah melabuhkan botnya bagi mengelak bot tersadai ketika air laut surut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya