Muslim Care sasar RM3.5 juta kutipan dana - Utusan Malaysia

Muslim Care sasar RM3.5 juta kutipan dana

Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Tan Sri Prof. Emeritus Dzulkifli Abdul Razak (tengah) diiringi Zulkifli Wahijan (dua kiri) dan calon PHD Bahagian Fiqh dan Usul Al-Fiqh, UIAM, Yahya Abdullah Ayesh (dua kanan) bergambar selepas majlis Menandatangani Pelancaran Dana Wakaf Produktif Malaysia dengan Palestin di UIAM, Gombak, di sini hari ini. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pertubuhan Muslim Care Malaysia menyasarkan jumlah kutipan tabung sosial untuk pembangunan tanah wakaf sehingga RM3.5 juta bagi membangunkan projek pembangunan di bandar raya Gaza.

Projek yang dimaksudkan adalah membina lapan buah kedai dan dua buah bangunan komersial enam tingkat.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, dengan permulaan kutipan yang disasar mampu memperoleh suku juta ringgit sehingga Aidilfitri ini, pihaknya bakal mewujudkan pembangunan yang akan dapat menjana pendapatan setiap bulan iaitu melalui sewaan di negara bergolak itu.

“Projek tersebut akan berjalan secara tiga fasa dan kita jangkakan siap dalam masa dua tahun.

“Dengan hasil setiap bulan dapat dikembalikan bagi membantu penduduk di sana sama ada membina pusat tahfiz, hospital dan sebagainya,” katanya di majlis pelancarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Tabung tersebut adalah cetusan idea daripada seorang pelajar ijazah doktor falsafah (PhD),UIAM dari Palestin dengan melibatkan kerjasama di antara MCMS dan Kementerian Wakaf Palestin.

Ia merupakan usaha pertama berdasarkan pengalaman Malaysia dalam wakaf produktif.

Zukifli berkata, pihaknya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai, ahli perniagaan, dan syarikat korporat.

“Dan jika Covid-19 selesai, kita akan buat road show di universiti, masjid dan surau,” katanya.

Dalam pada itu, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, pihak universiti amat mendokong idea-idea perjuangan Islam sebegini.

“Kita tidak mampu memberi wang, hanya mampu bagi ilmu untuk terus membangunkan negara masing-masing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya