"Murid miskin nak ikut PdPR guna apa?" - Najib - Utusan Malaysia

“Murid miskin nak ikut PdPR guna apa?” – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lewat mengagihkan peranti komputer riba berjumlah 150,000 kepada golongan B40 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2021.

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini berjanji untuk menyerahkn bantuan tersebut pada Februari lalu disebabkan keperluan mendesak bagi murid-murid sekolah yang perlu menjalani pendidikan menerusi program Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR) di rumah akibat penularan Covid-19.

“Tapi kerajaan semalam mengumumkan bahawa bantuan ini hanya akan diberi sepenuhnya pada akhir bulan September (sedangkan) ketika ini, sekolah-sekolah seluruh negara ditutup semula secara bergilir-gilir, malah seluruh Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pemulihan (PKP), ” ujarnya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Menurut Najib berdasarkan perkembangan kes Covid-19 yang masih tinggi dan pertambahan jumlah kluster pendidikan meskipun selepas tiga bulan setengah melaksanakan darurat, tidak mustahil semua sekolah seluruh negara akan diarahkan untuk ditutup semula dan semua pelajar diminta untuk mengikuti PdPR sekali lagi.

“Masa itu, kerajaan nak murid miskin ikut PdPR pakai apa?, ” ujarnya.

Katanya lagi, dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk, harga barang dapur yang naik mencanak dan ramai menganggur atau pendapatan mereka yang banyak berkurang, adakah kerajaan berfikir bahawa keluarga miskin ada kelebihan wang RM1,000 untuk beli tablet untuk anak-anak mereka.

Sebab itu, kata beliau kerajaan PN tidak boleh bersikap ego.

Beliau mengingatkan supaya kerajaan PN tidak terus berharap pada kontraktor terpilih yang telah terbukti gagal memenuhi jadual.

Kerajaan kata beliau, patut melaksanakan tender terbuka serta-merta supaya semua pembekal tempatan berpeluang untuk membekal dan menghantar kesemua 150,000 unit peranti kepada keluarga miskin serta merta.

Jika pelaksanaan tender terbuka dibuat, tetapi kosnya didapati sehingga 30 peratus lebih tinggi pun, ia bermaksud bajet hanya akan naik RM45 juta iaitu daripada RM150 juta kepada RM195 juta.

Malah kata Najib, ada kemungkinan kos akan berkurangan daripada RM150 juta.

“Apakah kenaikan kos RM45 juta ini sekiranya dibandingkan dengan nilai untuk masa depan 150,000 murid miskin?, ” soalnya.

Sebuah kerajaan yang mungkir janji sendiri untuk membekal cuma 150,000 unit peranti pada masa yang tepat dan akibatnya menghalang murid miskin untuk teruskan mendapat pendidikan, merupakan sebuah kerajaan yang terbukti gagal sepenuh-penuhnya.

Ini cuma 150,000 unit sahaja. Bukan 1.5 juta netbook 1Malaysia yang berjaya diagihkan pada masa kerajaan Barisan Nasional. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya