Muhyiddin bersyukur ibadat sepanjang Ramadan dibenarkan di masjid, surau - Utusan Malaysia

Muhyiddin bersyukur ibadat sepanjang Ramadan dibenarkan di masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Ramadan pada tahun ini amat disyukuri kerana umat Islam di negara ini boleh melakukan ibadah di masjid dan surau kerana kebanyakan rumah ibadat itu kini sudah mula dibuka.

Beliau berkata, berbanding pada tahun lalu, amalan ibadat terhad dilakukan di rumah sahaja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Walaupun begitu, beliau berpesan agar semua boleh terus berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan tidak bersalaman selain kerap menggunakan cecair pembasmi kuman ketika berada di masjid dan surau.

“Esok 1 Ramadan seluruh umat Islam di Malaysia dan di dunia mula menjalani ibadah puasa. Ramadan bulan sangat dinanti-nantikan umat Islam kerana bulan ini penuh keberkatan dan mendidik manusia menjadi insan bertakwa.

“Jika Ramadan tahun lalu kita banyak lakukan ibadah di rumah sahaja kerana PKP akibat pandemik, pada tahun ini kita merasa bersyukur kerana kebanyakan masjid dan surau sudah mula dibuka untuk melakukan solat fardu, tarawih, solat Jumaat dan majlis-majlis ilmu yang lain,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Ramadan menerusi rakaman video yang disiarkan di Facebook beliau malam ini.

“Semoga Allah mempermudahkan dan menerima ibadah lain kita di sepanjang Ramadan ini. Insya-Allah. Selamat berpuasa,” kata Muhyiddin.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya