Muhammad Hafidz menantu yang baik - Utusan Malaysia

Muhammad Hafidz menantu yang baik

MOHIDDN Hamzah menunjukkan laporan berita kematian Muhammad Hafidz ketika ditemui pemberita di Kampung Semarak, Rahang, Seremban hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pelajar Malaysia, Muhammad Hafidz Abdullah, 36, yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Sheffield, United Kingdom pada 8 April lalu disifatkan sebagai seorang menantu yang amat baik.

Bapa mentuanya, Mohiddin Hamzah, 65, berkata, walaupun sudah dua tahun Muhammad Hafidz dan anaknya Nazihahwati, 36, menetap di luar negara bersama dua orang cucunya, mereka sekeluarga hampir setiap hari berhubung menerusi panggilan video.

“Kami semua terasa kehilangannya, apa yang boleh saya katakan, dia merupakan seorang menantu yang amat baik, hormat orang tua dan disenangi semua orang.

“Semasa panggilan video sebelum ini, saya tengok dia sihat sahaja. Apa yang saya tahu, dia tiada masalah kesihatan kecuali darah tinggi sikit,” katanya ketika di temui di rumahnya di Kampung Semarak, Rahang di sini hari ini.

Muhammad Hafidz penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang merupakan kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia meninggal dunia di Unit Rawatan Kritikal, Northern General Hospital di Sheffield, United Kingdom selepas rebah ketika bermain bola sepak di Pusat Sukan Goodwin di Sheffield.

Allahyarham di tahun kedua peringkat doktor falsafah (PhD) di University of Sheffield.

Sementara itu, tambah Mohiddin, anak dan menantunya itu ada bercadang untuk pulang bercuti ke tanah air pada tahun ini.

“Saya ada dimaklumkan mereka sekeluarga ada bercadang untuk balik sini tahun ini cuma tak pasti bila tarikhnya.

“Mereka tidak pernah pulang sejak menetap di sana dua tahun lalu,” tambahnya.

Jenazah Muhammad Hafidz dijangka tiba di Malaysia hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya