Muafakat Nasional Pahang meterai perjanjian - Utusan Malaysia

Muafakat Nasional Pahang meterai perjanjian

WAN Rosdy Wan Ismail (kiri) dan Rosli Abdul Jabar (kanan) menandatangani perjanjian MN Pahang di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pas Pahang memeterai perjanjian Muafakat Nasional (MN) dalam satu majlis ringkas di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar.

Wan Rosdy ketika membaca kenyataan bersama antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang dan Pas negeri itu memberi jaminan modul perpaduan ummah yang dipersetujui di Pahang perlu dijadikan panduan serta rujukan kepada negeri lain.

“Perjanjian ini bagi memperkukuhkan asas (penubuhan) MN seperti dipersetujui di peringkat pusat sebelum ini.

“Dalam perjanjian ditandatangani yang mempunyai lapan perkara utama, kita ingin memberi jaminan persetujuan asal seperti UMNO Pahang bersetuju untuk tidak meletakkan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi calon daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, UMNO Pahang juga bersetuju untuk tidak menjalinkan kerjasama atau menyokong mana-mana calon yang bertanding di lapan kerusi berkenaan, kecuali jika yang bertanding itu adalah calon daripada Pas.

“Begitu juga sebaliknya, kita berharap Pas Pahang berpandukan persetujuan itu tidak akan meletakkan calon di 25 kerusi dimenangi BN pada PRU-14 dan tidak akan menyokong mana-mana calon, kecuali dari BN atau UMNO yang dipilih sebagai calon di kerusi terbabit,” katanya.

Wan Rosdy dan Rosli bagaimanapun bersetuju untuk membincangkan lebih lanjut tentang kedudukan sembilan lagi kerusi DUN yang ketika ini disandang wakil rakyat daripada Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu Rosli ketika ditemui selepas majlis itu berkata, Pas Pahang akan memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti itu di peringkat pusat berhubung hasrat dan pendirian MN Pahang dan berharap ia dapat diberi pertimbangan sewajarnya.

“Kita akan maklumkan kepada (Pas) Pusat dan terpulang kepada mereka untuk melihat kepada usaha yang kita lakukan ini, semuanya bergantung kepada keputusan (Pas) pusat. UMNO pun perlu rujuk kepada pendirian pusat dan Pas pun begitu juga.

“Apa yang penting kita mahu mereka melihat usaha yang sudah kita mulakan ini dan kita tengok apa pendirian (pimpinan pusat) dalam hal ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya