MRSS lebih diperlukan - Utusan Malaysia

MRSS lebih diperlukan

PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang bersama-sama Dr. Mad Amin Muslan dalam majlis pelancaran Persidangan Perubatan Ketenteraan 2021 di Wisma Perwira ATM, di Jalan Padang Tembak di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak memerlukan kapal hospital bagi melaksanakan sebarang misi perubatan sama ada membabitkan operasi dalam mahupun luar negara.

Sebaliknya Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Md. Amin Muslan berkata, ATM lebih memerlukan kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) bagi membantu tugas sokongan logistik dan dalam masa sama menempatkan kemudahan perubatan di kapal berkenaan.

Selain itu katanya, kapal tersebut tidak diperlukan kerana kemudahan perubatan ATM yang lebih bersifat pelbagai fungsi dan boleh diselaraskan dengan kesihatan awam.

“Tugas ATM lebih bersifat pertahanan. Kemudahan yang ada pada kita boleh disepadukan dengan perkhidmatan kesihatan awam.

“Sebagai contoh ketika berlaku penularan Covid-19, kita boleh bantu rakan-rakan di perkhidamatan awam dengan membuka hospital tentera seperti di Tawau, Sabah dan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps),” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Perubatan Ketenteraan 2021 di Wisma Perwira ATM di Jalan Padang Tembak di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya