Mohon pas khas jika mahu lanjut tempoh tinggal - Utusan Malaysia

Mohon pas khas jika mahu lanjut tempoh tinggal

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Warga asing yang menghadapi kesukaran untuk pulang ke negara masing-masing atas faktor ketiadaan penerbangan dan situasi pandemik Covid-19 perlulah memohon pas khas untuk melanjutkan tempoh tinggal di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, permohonan pas khas itu juga perlulah disokong oleh kedutaan masing-masing.

Katanya, dokumen pembuktian mengenai tempat tinggal dan kemampuan kewangan sepanjang berada di negara ini juga hendaklah disertakan dalam permohonan berkenaan.

“Warganegara asing yang diberi kebenaran untuk tinggal di negara ini atas Pas Lawatan Sosial (PLS) berkenaan hendaklah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen.

“Jabatan Imigresen juga telah memutuskan supaya warga asing berkenaan meninggalkan negara ini pada 21 April depan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata demikian merujuk kepada beberapa laporan berita berkenaan warga asing yang memegang PLS dan perlu meninggalkan negara pada 21 April ini.

Menurutnya lagi, Jabatan itu mendapati beberapa kes penyalahgunaan PLS oleh pelawat asing melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

“Seramai 1,281 warga asing dan 83 majikan telah ditahan menerusi 291 operasi penguatkuasaan ke atas premis hiburan dan rumah urut.

“Antara kesalahan ialah bekerja di pusat hiburan, rumah urut dan melibatkan diri dengan aktiviti pelacuran, scammer serta lain-lain kesalahan yang melanggar undang-undang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya