MN Pahang diperkasa hadapi PRU-15 - Utusan Malaysia

MN Pahang diperkasa hadapi PRU-15

WAN Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama mahasiswa pada majlis 'Excellent Communication and People Skills For Career Success’ di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Muafakat politik antara dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) Pahang terus diperkasa bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, muafakat dua parti berkenaan terbukti mampu mengembalikan kekuatan politik kaum majoriti terbesar di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Besar mengakui, MN mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, memudah dan melancarkan urusan pentadbiran tanpa banyak diganggu dengan politik.

“Sejak menjawat jawatan Menteri Besar, usaha memperkukuh hubungan UMN0 dan Pas dibuat secara berterusan.

“Hasilnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Chini, majoriti undi lebih 4,000 berbanding hanya 400 sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Program ‘Excellent Communication and People Skills For Career Success’ anjuran Yayasan Juwita di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Jengka, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin: Pengerusi Juwita, Datuk Rosni Zahari dan Rektor UiTM Pahang, Prof. Ts. Datuk Dr. Mohd. Ilham Adenan.

Wan Rosdy berkata, MN Pahang adalah persepakatan terbaik demi menyaksikan kestabilan kerajaan negeri pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Menurutnya, beliau berusaha sehabis baik untuk mengharmoni dan memperkukuh MN di negeri ini.

“Pelancaran jentera pilihan raya MN Maran manifestasi komitmen dan keikhlasan UMNO Pahang bersama Pas menghadapi cabaran PRU-15,” jelasnya.

Beliau berkata, BN negeri yang ditunjangi UMNO dan diperkukuh dengan penyertaan Pas menerusi MN begitu membantu dalam memakmur negeri.

“Natijahnya hasil kerajaan negeri meningkat yang mencatat rekod tersendiri dan kek ekonomi itu disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai bantuan.

“Antaranya, rumah rakyat Pahang (RRP) secara percuma kepada yang layak dan bilangan penerima akan bertambah tahun ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya