Miliki tujuh rekod jenayah, kali ini dipenjara lima bulan ceroboh masjid - Utusan Malaysia

Miliki tujuh rekod jenayah, kali ini dipenjara lima bulan ceroboh masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang lelaki yang mempunyai tujuh rekod jenayah, dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menceroboh kawasan masjid dan mencuri beberapa barangan berharga milik kakitangan masjid itu.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu terhadap Shafuddin Nazardin ,42, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Tuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan manakala tuduhan kedua, empat bulan. Hukuman itu diperintah berjalan
serentak bermula tarikh tangkap pada 11 April lalu.

Mengikut pertuduhan pertama,Shafuddin didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki dalam kawasan masjid dan naik
ke atas atap tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan di Masjid Nurul Iman Kampung Kenanga Batu,18, Rawang di sini pukul 12.30 malam pada 6 April lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Sekayen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, tertuduh dipenjara empat bulan kerana mencuri sebuah telefon bimbit jenis Oppo, lima helai baju pagoda, sebuah beg
silang dan wang tunai RM130 yang kesemuanya bernilai RM700 milik kakitangan masjid itu pukul 12.15 malam pada tarikh dan tempat yang
sama.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh maksimum tujuh bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil
kira tujuh rekod jenayah tertuduh atas pelbagai kesalahan sejak 2015 hingga kini.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya.

Mengikut fakta kes, tertuduh memasuki kawasan masjid pada malam kejadian dengan cara memanjat bumbung dan memecahkan atap masjid.

Tertuduh juga telah masuk ke dalam sebuah bilik kabin masjid tersebut dengan memegang kayu semasa pengadu sedang tidur dan telah mencuri
barang-barang miliknya seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya