Mesyuarat MT UMNO bincang keputusan PAU 2020 - Utusan Malaysia

Mesyuarat MT UMNO bincang keputusan PAU 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dijangka hangat dan bakal membuat kejutan dipercayai berhubung isu pemilihan parti dan nasib terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat tersebut juga akan memperakukan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini yang memberi mandat kepada MT.

Setakat jam 3 petang tadi, dilihat beberapa ahli MT yang telah hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) untuk menghadiri mesyuarat, antaranya Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri AhmaShabery Chik, Datuk Seri Azeez Rahim, Datuk Seri Rahman Dahlan dan beberapa lagi.

Difahamkan, majlis bermula dengan rakaman takbir raya dan mesyuarat bermula lepas Asar, dijangka tamat jam 6.30 petang.

Semalam, seorang Ahli MT telah digugurkan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri  iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim kerana tindakan aktifnya meneruskan kerjasama dengan kerajaan hari ini.

Namun, Shahidan berkata beliau tidak melanggar peraturan parti kerana tindakan menamatkan kerjasama dengan PN hanya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sahaja.

Malah, jelasnya individu yang melanggar peraturan parti adalah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, didakwa berusaha mengumpulkan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Shahidan berkata mesyuarat tidak akan tempang tanpa beliau kerana ahli MT yang hadir pada hari ini semuanya ‘anak jantan’.

Maka oleh sebab itu, beliau yakin akan ada ahli MT yang mempersoal sebaran audio perbualan mirip Zahid dan Anwar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya