Mengapa hadkan waktu suntikan vaksin? - Utusan Malaysia

Mengapa hadkan waktu suntikan vaksin?

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berasa hairan dengan alasan bulan Ramadan dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali bagi mengehadkan waktu suntikan vaksin Covid-19.

Jelas beliau, program vaksinasi adalah sangat penting dilaksanakan dengan segera dan menyeluruh dengan sekurang-kurangnya mencapai 80 peratus populasi rakyat Malaysia.

“Tetapi kenapa Kementerian Kesihatan menggunakan alasan bulan Ramadan untuk mengehadkan tempoh pelaksanaan vaksinasi? Ambil masa lama sangatkah untuk rakyat dapat vaksin? Adakah rakyat Malaysia hanya dalam kalangan orang menyambut bulan Ramadan?

“Kalau tangguh giliran vaksinasi pada bulan puasa, bila giliran seterusnya? Adakah keputusan Kementerian Kesihatan untuk tidak membuat suntikan vaksinasi pada waktu malam ini kerana tuntutan rakyat yang menyambut bulan Ramadan?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Noor Azmi berkata, Kementerian Kesihatan tidak akan melakukan suntikan vaksin pada waktu malam sepanjang Ramadan dan dijalankan seperti biasa sehingga petang bagi mengelakkan ibadah di bulan suci itu terganggu.

Sehubungan itu Syed Saddiq menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengkaji pelaksanaan program vaksin Malaysia dan mencontohi negara lain apabila mereka boleh mengedarkan vaksin dengan lebih cepat dan menyeluruh.

“Contohnya, di Bhutan baru-baru ini dan berjaya membuat vaksinasi kepada 470,000 orang rakyat dalam masa sembilan hari sahaja.

“Namun, di Malaysia, kita baru sahaja berikan dos kedua vaksin kepada 409,784 orang sahaja sejak Februari hingga 12 April. Kementerian Kesihatan sepatutnya fikir jalan untuk memcepatkan program vaksinasi, bukan tangguh kerana ada bulan puasa,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya