MBSA tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun

MBSA tawar diskaun 50 peratus bayaran kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan atau diskaun kompaun sebanyak 50 peratus sempena Kempen Pengurangan Kompaun pada bulan Ramadan.

Kempen yang bermula sejak semalam sehingga 12 Mei depan itu melibatkan sembilan kesalahan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, antara jenis-jenis kompaun yang layak untuk mendapat pengurangan adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983 dan Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005.

“Selain itu, kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007 dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007 turut diberi potongan yang sama.

“Turut mendapat pengurangan 50 peratus ialah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Shahrin berkata, kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) turut diberikan pengurangan sehingga RM30 daripada jumlah asal di semua kaunter pembayaran MBSA.

“Dalam menggalakkan orang ramai membuat pembayaran kompaun, pihak MBSA juga turut menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) yang akan beroperasi setiap Sabtu di pasar raya terpilih.

“Orang ramai juga boleh membuat pembayaran kompaun di Kaunter Utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning, dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN