Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki dibaham buaya ditemukan

MAYAT Mazlan Ampung ditutup dengan kain putih selepas ditemukan akibat dibaham buaya di Sungai Brantian, Kalabakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALABAKAN: Kelekaan seorang lelaki mandi sungai berakhir tragedi apabila mangsa dibaham buaya dalam kejadian pada pukul 7.30 malam di Sungai Brantian, dekat sini semalam.

Mayat mangsa, Mazlan Ampung, 26, ditemukan pada pukul 12.50 tengah hari tadi dengan kesan gigitan pada bahagian pinggang sebelah kiri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang sejak semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan mayat mangsa ditemukan selepas lebih empat jam operasi pencarian.

“Ketika ditemukan, keadaan jasad mangsa masih sempurna namun ada kesan gigitan akibat serangan buaya.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan kira-kira 1.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dilaporkan hilang selepas disyaki dibaham buaya ketika sedang mandi di Sungai Brantian semalam.

Menurut adik mangsa, Arianshah Ampung, ketika kejadian dia sedang makan di gerai berhampiran sebelum terdengar jeritan suara abangnya.

Arianshah kemudian bergegas ke lokasi kejadian namun hanya sempat melihat kocakan yang besar pada permukaan sungai dan mengesyaki kemungkinan abangnya dibaham buaya.

Operasi SAR turut membabitkan penduduk kampung dan agensi keselamatan lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya