Masalah banjir di Danga Bay tidak akan berulang - Utusan Malaysia

Masalah banjir di Danga Bay tidak akan berulang

HASNI Mohammad meninjau Sistem Perparitan Utama Bagi Kawalan Banjir di Lido Waterfront Boulevard, berhampiran Teluk Danga di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan Teluk Danga, di sini dijangka tidak berulang selepas projek Sistem Perparitan Utama Bagi Kawalan Banjir di Lido Waterfront Boulevard siap sepenuhnya, Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, projek yang menelan belanja kira-kira RM19 juta itu dimulakan pada Januari 2019.

Kata beliau, projek tersebut dapat mengatasi masalah banjir di hulu Sungai Abdul Samad dan Sungai Chat yang sering menjejaskan kehidupan penduduk khususnya di kawasan Kampung Mohd. Amin.

“Sistem perparitan yang dilengkapi dengan perangkap sampah ini juga diharapkan dapat memastikan perairan di kawasan sekitar Teluk Danga menjadi lebih bersih.

“Bagi memastikan kelancaran pengoperasian sistem perparitan utama bagi kawalan banjir itu, projek tersebut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV),” katanya ketika meninjau projek tersebut hari ini.

Terdahulu, projek berkenaan diserahkan oleh Lido Waterfront Boulevard Sdn. Bhd. kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selaku pihak yang mengawal selia sistem perparitan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya