Maqis Perlis rampas 1.4 tan ikan basah - Utusan Malaysia

Maqis Perlis rampas 1.4 tan ikan basah

MAQIS Perlis merampas 1,400 kilogram ikan basah bernilai RM5,600 dengan permit yang mengelirukan di Unit Kargo Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, Perlis, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas 1.4 tan metrik ikan basah dianggarkan bernilai RM5,600 kerana menggunakan permit mengelirukan di Unit Kargo Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sini, Isnin lalu.

Pengarah Maqis negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, pihaknya menahan sebuah lori bernombor pendaftaran Thailand yang membawa pelbagai jenis ikan basah itu kira- kira pukul 10.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati pihak pengimport membawa 1,400 kilogram ikan basah yang diikrar pada permit Maqis adalah mengelirukan.

“Dagangan tersebut kemudian ditahan untuk tindakan lanjut. Perbuatan mengimport keluaran pertanian dengan mengemukakan dokumen yang palsu, tidak tepat dan mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum dibawah Akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pihak Maqis memantau sebarang kemasukan dan keluaran yang melibatkan
keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaraan pertanian, dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas dari perosak dan penyakit serta mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya