Mangsa ribut terima bantuan - Utusan Malaysia

Mangsa ribut terima bantuan

MOHD. Radzi Md. Amin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Dewan Petunas, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: “Saya seperti hilang akal akibat terlalu terkejut dengan ribut yang melanda.”

Itu pengakuan warga emas, Ayob Md. Saman, 64, yang merupakan salah seorang mangsa ribut di Felda Lubuk Merbau, di sini.

Menurutnya, deruan angin yang terlalu kuat hingga menerbangkan sebahagian bumbung rumahnya, menyebabkan dia sekeluarga menjadi panik.

“Saya nampak angin kuat berwarna hitam naik dan turun sebelum menerbangkan sebahagian bumbung rumah. Apabila itu terjadi, anak dan isteri ketakutan dan saling berpelukan manakala saya pula entah mengapa, terus mencapai senapang yang tidak berpeluru tanpa tahu apa yang hendak dilakukan.

“Dalam tempoh lima minit, ribut itu mula reda. Saya seterusnya mencari kepingan bumbung yang diterbangkan angin dan menemukannya kira-kira 50 meter dari kedudukan rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Mohd. Radzi Md. Amin di Dewan Petunas, Felda Lubuk Merbau di sini hari ini.

Pada majlis itu setiap mangsa ribut juga menerima sumbangan wang tunai RM300 daripada Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Utusan Malaysia melaporkan, lebih 400 keluarga diduga pada hari pertama Ramadan apabila rumah mereka dilanda ribut kuat kira-kira pukul 5 petang semalam.

Sementara itu Mohd. Radzi berkata, pihaknya telah mengenal pasti tujuh buah rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat kejadian tersebut.

“Empat daripada rumah itu berada dalam kawasan Felda ini sementara tiga lagi terletak di Kampung Bagan di Naka. Dianggarkan kerugian dialami setiap rumah yang rosak teruk itu adalah antara RM7,000 hingga RM15,000.

“Bagi rumah yang rosak teruk itu, insya-Allah kita akan mohon kerajaan negeri meluluskan peruntukan untuk membaikinya di bawah Badan Perancang Ekonomi Negeri (BPEN),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya