SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyasarkan sebanyak RM200 juta kutipan zakat bagi tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, jumlah tersebut lebih tinggi berbanding hasil kutipan tahun lepas iaitu berjumlah RM143.56 juta.
Katanya, daripada jumlah yang dikutip itu, RM139 juta adalah zakat harta dan selebihya zakat fitrah.
“Sasaran tahun ini kita tetapkan sebanyak RM200 juta. Kalau tidak dapat, kurang sikit dari RM200 juta tetapi lebih daripada tahun lalu pun sudah baik.
“Walaupun tahun 2020 kita dilanda dengan pandemik Covid-19, MAINS masih mampu mengutip zakat sebanyak RM140 juta setahun,” katanya selepas merasmikan Bulan Wakaf Negeri Sembilan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE