Lima premis Bitcoin diserbu, rampasan bernilai RM380,000 - Utusan Malaysia

Lima premis Bitcoin diserbu, rampasan bernilai RM380,000

HOO Chang Hook (kanan) ketika mengetuai Op Bitcoin Operasi Bersepadu di lima premis di tiga lokasi di Jempol, Negeri Sembilan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Lima premis yang dijadikan tempat aktiviti melombong mata wang digital, Bitcoin, diserbu dalam Op Bitcoin Operasi Bersepadu di tiga lokasi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam intipan dan serbuan dari pukul 10.30 pagi hingga 11.30 malam itu, polis merampas 190 unit mesin perlombongan bitcoin jenis Aintminer D9i dengan nilai anggaran RM380,000.

“Sindiket ini dikesan menyasarkan bangunan sunyi sebagai premis dan melakukan penyambungan haram ke atas bekalan elektrik bagi tujuan operasi.

“Modus operandi sindiket ini menggunakan premis tingkat atas sebagai kegiatan perlombongan Bitcoin bagi mengelakkan disedari pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chang Hook, kesemua premis tersebut dipercayai beroperasi antara dua hingga empat bulan sehingga menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian sebanyak RM216,487.

Ujar beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi bekalan elektrik, 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dan Seksyen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya