Lima lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup - Utusan Malaysia

Lima lagi sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak lima buah sekolah lagi di negeri ini diarahkan tutup sementara selama dua hari ekoran terdapat pengesanan kes positif Covid-19 di sekolah terbabit.

Jumlah tersebut menjadikan sebanyak 31 sekolah telah diarahkan tutup atas nasihat pejabat kesihatan daerah (PKD) di seluruh negeri sejak 22 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, penutupan kelima-lima sekolah terbabit bermula hari ini sehingga esok.

Jelasnya, sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah Baru, Port Dickson; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanah Merah, Port Dickson; SK Bandar Sri Sendayan, Seremban; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Salak, Seremban dan SK Kompleks KLIA, Seremban.

“Sekolah ini ditutup selama dua hari bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

“Penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya