TAWAU: Lima individu termasuk kanak-kanak tujuh tahun bersama dadah jenis syabu seberat 6.09 kilogram di Kampung Inderasabah, Batu 24, Jalan Apas, dekat sini kelmarin.
Kesemua mereka yang berusia antara tujuh hingga 61 tahun ditahan oleh sepasukan polis dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah hari pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, ketika serbuan tersebut, polis turut merampas enam bungkusan lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 6.09 kilogram yang disembunyikan dalam sebuah kotak berwarna coklat disembunyikan di bawah sebuah meja dalam rumah tersebut.
Anggaran harga pasaran dadah tersebut bernilai RM240,000.
Hasil saringan ujian air kencing, seorang lelaki daripada lima suspek yang berusia 39 tahun itu didapati positif dadah jenis syabu.
Siasatan awal juga mendapati lelaki tersebut didakwa memiliki dadah berkenaan, manakala empat lagi menafikannya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) akta yang sama.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE