Lima ‘hamba’ seks diselamatkan - Utusan Malaysia

Lima ‘hamba’ seks diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Dua lelaki yang dipercayai memperdagangkan serta mengeksploitasi lima wanita Vietnam untuk tujuan seks ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Raden Bagus dekat sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 10.10 malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas menerima maklumat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 26 hingga 34 tahun itu telah bekerja di premis tersebut kira-kira sebulan lalu.

Katanya, malah pasport milik mereka disimpan oleh seorang daripada suspek yang disyaki menjadi pengurusnya serta tidak dibenarkan bergerak bebas.

“Mangsa turut dipaksa untuk membuat penawaran seks sebanyak RM250 bagi setiap pelanggan. 

“Turut dirampas sehelai tuala, sembilan telefon bimbit, dua walkie-talkie, tiga kad akses bilik, 24 kondom, buku catatan bayaran, buku menu makanan, tiga keping menu makanan dan wang tunai sebanyak RM1,250,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Saiful Annuar berkata, pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan direman hari ini bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Atipsom) 2007.

“Wanita warga asing terbabit pula akan dimohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan seterusnya dihantar ke pusat perlindungan sementara.

“Saya juga ingin minta kerjasama orang ramai sekiranya terdapat sebarang maklum berkaitan jenayah, boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460670 dan Hotline Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya