Lima bom lama dimusnahkan - Utusan Malaysia

Lima bom lama dimusnahkan

BOM jenis Artillery Meriam 85mm dimusnahkan di Ladang Kelapa Sawit FGV Kledang, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Lima butir bom lama yang ditemukan di dua lokasi berbeza di daerah ini dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Bom pertama jenis Artillery Meriam 85mm dimusnahkan kira-kira pukul 12.30 tengahari di Ladang Kelapa Sawit FGV Kledang di sini.

“Bom berkenaan ditemukan penyelia ladang sewaktu rondaan di kawasan itu dalam keadaan berkarat sebelum memaklumkan kepada anggota Balai Polis Gugusan Adela untuk tindakan lanjut.

“UPB menjalankan pembersihan keselamatan di kawasan sekitar 25 meter dan tidak menemukan sebarang objek yang disyaki bom lama atau unexploded ordnance (UXO) lain dari lokasi penemuan UXO pertama itu,” kata polis Johor dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu sebanyak empat butir bom lama jenis Shell 40mm yang ditemukan di tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, Pengerang pula dimusnahkan kira-kira pukul 2.25 petang.

Jelas kenyataan itu, penemuan bom lama di tempat kejadian adalah hasil daripada tindakan flushing dengan menggunakan alat pengesan logam.

Jelasnya, kedua-dua proses pemusnahan UXO berkenaan telah dijalankan secara in situation (in-situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

“Pemusnahan telah dijalankan tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

“Pihak polis ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menemukan objek yang mencurigai atau dipercayai bom, lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, orang awam juga diingatkan agar tidak mengusik, mengalih atau menggerakkan objek tersebut bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya