Lesap RM700 ditipu penjual emas Facebook - Utusan Malaysia

Lesap RM700 ditipu penjual emas Facebook

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hasrat seorang suri rumah untuk memiliki dua bentuk cincin emas 916 lebur apabila dia ditipu penjual emas di laman sosial Facebook.

Bukan sahaja tidak dapat memiliki cincin tersebut, wanita berusia 40 tahun itu dari Temerloh dekat sini juga kerugian RM700 ditipu penjual emas berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita tersebut melayari Facebook pada 5 April lalu dan berminat membeli dua bentuk cincin emas 916 setelah tertarik melihat iklan jualan emas.

“Mangsa selepas itu menghantar mesej melalui Facebook untuk membuat pembelian dua bentuk cincin emas yang berharga RM700.

“Selepas berurusan dengan penjual emas terbabit, wanita itu membuat pindahan wang ke dalam akaun seorang lelaki melalui dua transaksi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, setelah menerima pembayaran, suspek berjanji akan memberi nombor jejak penghantaran barang kepada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disekat untuk menghubungi suspek melalui Facebook. Wanita tersebut kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Kes tersebut dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya