Lesap RM512,000 beli AP eksport bauksit - Utusan Malaysia

Lesap RM512,000 beli AP eksport bauksit

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pengurus syarikat di sini mengalami kerugian RM512,000 selepas tidak menerima permit kebenaran (AP) eksport bauksit seperti dijanjikan suspek.

Kejadian bermula pada 2017 apabila mangsa yang berusia 52 tahun bersama tiga rakan kongsinya menemui suspek untuk urusan membeli AP eksport bauksit tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mereka akhirnya bersetuju membeli AP itu pada harga RM450,000 setelah berbincang dengan suspek.

Ujar beliau, suspek seterusnya meminta mangsa membayar yuran guaman sebanyak RM10,000 secara tunai pada April 2017.

“Bermula dengan itu, suspek meminta pula bayaran tunai RM3,000 untuk tujuan memperbaharui permit AP, diikuti RM20,000 bagi bayaran royalti bauksit.

“Suspek sekali lagi meminta bayaran RM6,000 untuk memperbaharui permit pada Ogos 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa masih tidak menerima sebarang permit untuk mengeksport bauksit walaupun telah melakukan pembayaran seperti diarahkan.

“Mangsa berasa ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya