Lelaki rogol dua wanita berdepan penjara 20 tahun, sebatan - Utusan Malaysia

Lelaki rogol dua wanita berdepan penjara 20 tahun, sebatan

TERTUDUH, Muhammad Daniel Rosli Abdullah ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 32 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol membabitkan dua wanita termasuk seorang remaja dalam kejadian berasingan pada tahun lalu dan 2019.

Tertuduh, Muhammad Daniel Rosli Abdullah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa berusia 20 tahun di sebuah hotel di Taman Skudai Baru di sini pada pukul 10 malam, 28 Julai tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Taman Pertama, Kulai antara pukul 7 pagi hingga 4 petang pada 7 April 2019.

Atas kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes.

Ahmad Kamal Arifin turut memerintahkan agar tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqillah Ahmad Fuad dan Siti Norliza Abdullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya