Lelaki bunuh diri akibat putus cinta - Utusan Malaysia

Lelaki bunuh diri akibat putus cinta

MOHD. HARIS IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Akibat putus cinta, seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kenderaan dipercayai terhidu gas karbon monoksida, dekat sini pagi tadi.

Mangsa berusia 40-an itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan berhampiran tanah perkuburan Kampung Divatto.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, sebaik sahaja menerima laporan melalui panggilan telefon daripada abang mangsa kira-kira 7.30 pagi, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, abang mangsa memaklumkan adiknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Terdapat satu saluran hos yang disambungkan dari ekzos kenderaan ke dalam kereta melalui cermin pintu belakang,” katanya di sini.

Mohd. Haris tidak menolak kemungkinan mangsa melakukan penyambungan hos itu sendiri kerana tiada sebarang unsur-unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

Polis juga percaya mangsa membunuh diri akibat masalah percintaan berdasarkan nota yang mangsa tinggalkan di dalam kereta tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan akan diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya