Larangan warga emas, kanak-kanak ke bazar Ramadan serta-merta - Utusan Malaysia

Larangan warga emas, kanak-kanak ke bazar Ramadan serta-merta

HAMDAN HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Warga emas dan kanak-kanak tidak dibenarkan mengunjungi mana-mana bazar Ramadan di sini, berkuat kuasa serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, tindakan itu dibuat berikutan terdapat peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Kuantan.

“Semua penganjur bazar, peniaga dan pengunjung diingatkan patuhi segala SOP, peraturan dan syarat ditetapkan. Pihak penguatkuasaan tidak akan bertolak ansur dan teragak-agak dengan mengeluarkan kompaun jika terdapat pelanggaran SOP.

“Selain itu, kita akan batalkan kebenaran berniaga kepada peniaga atau penganjur yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan, selain menutup operasi mana-mana bazar yang dikesan berisiko berlaku (penularan) kes Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamdan berkata, sistem nombor giliran di semua bazar Ramadan kendalian MBK diharapkan dapat mengawal jumlah pengunjung agar tidak terlalu sesak hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Pihak kami (MBK) tidak menolak berkemungkinan akan menggunakan perkhidmatan ‘drone’ bagi memantau tahap pematuhan SOP di mana-mana bazar Ramadan yang mendapat rungutan dan sebagainya.

“Kerajaan negeri sudah bertimbang rasa dan membenarkan mereka berniaga, jadi janganlah mensia-siakan peluang diberikan ini.

“Pengunjung juga perlu memberikan kerjasama, patuhi SOP dan peraturan ditetapkan demi keselamatan semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya