Laporan penilaian SOP bazar Ramadan diketahui esok - Utusan Malaysia

Laporan penilaian SOP bazar Ramadan diketahui esok

AYUB JAMIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri sedang membuat pemantauan berhubung tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kesemua Bazar Ramadan yang dibenarkan beroperasi di seluruh Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, penilaian itu sedang dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

Katanya, laporan penilaian tersebut akan diterima pihaknya seawal esok.

“Buat waktu ini kami tidak mendapat sebarang aduan berhubung operasi bazar Ramadan. Namun kami berharap semua pihak memainkan peranan untuk memastikan pematuhan terhadap SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Berdasarkan pemantauan, pematuhan terhadap SOP agak longgar khususnya melibatkan penjarakan fizikal, lebih-lebih lagi ketika waktu puncak iaitu antara pukul 5 dan 6 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Ayub, sehubungan itu pihaknya berharap penganjur, peniaga dan pengunjung dapat terus mematuhi SOP ditetapkan agar tiada penularan baharu Covid-19 berlaku membabitkan bazar Ramadan.

“Kami sedar, bazar Ramadan adalah peluang terbaik buat peniaga mendapatkan pendapatan, namun dalam masa sama, adalah penting untuk mereka memastikan semua SOP dipatuhi.

“Penjanaan ekonomi memang penting, tapi dalam masa sama kita juga perlu memastikan keselamatan dan kesihatan awam terjaga,” ujarnya.

Ayub turut memberitahu, setakat ini masih tiada Bazar Ramadan di negeri ini yang diarahkan henti operasi.

“Sekiranya boleh kita tidak mahu sehingga operasi bazar terjejas kerana ia akan melibatkan jumlah peniaga yang ramai,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya