Lantikan Guandee satu penghormatan kepada STAR - Utusan Malaysia

Lantikan Guandee satu penghormatan kepada STAR

JEFFREY Kitingan (kanan) berjabat tangan dengan Guandee Kohoi yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelantikan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Guandee Kohoi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merupakan satu penghormatan kepada parti.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yakin pelantikan Guandee akan memberi manfaat kepada negeri Sabah kerana industri pelancongan adalah penyumbang terbesar ekonomi Sabah.

Lantikan ini juga satu pengiktirafan daripada kerajaan Persekutuan terhadap STAR.

“Saya gembira kerana Guandee dapat meneruskan tugas yang saya mulakan ketika memegang portfolio itu tahun lalu. Walaupun semasa saya di kementerian itu agak singkat, saya komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya meninggalkan kementerian itu dengan rasa berat hati kerana sudah menjadi sebahagian daripada kementerian, tetapi saya lega kerana seseorang yang berkongsi cita-cita dengan saya telah dilantik memegang jawatan tersebut,” katanya selepas menghadiri upacara mengangkat sumpah Guandee Kohoi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Istana Negara, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, Guandee yang selalu bersamanya ketika beliau memegang jawatan tersebut. Oleh itu, Guandee pasti sedar akan tuntutan dan tanggungjawab kementerian ini.

“Industri pelancongan sangat penting untuk ekonomi Sabah dan dengan pelantikan ini, pemain industri mempunyai rakan yang memahami keadaan Sabah dengan lebih baik,” katanya.

Jeffrey memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada Mac tahun lalu.

Kemudian beliau meletak jawatan pada 29 September 2020 setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya